23 February 2009

Insentif RM5,000

ALOR STAR: Pemilik kenderaan yang bercadang menukar kereta lama dan membeli kereta baru akan diberi insentif RM5,000 dalam usaha kerajaan merangsang pertumbuhan sektor automotif yang dijangka terjejas teruk.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemberian insentif itu sudah dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

“Insentif ini hanya akan diberikan kepada pemilik kenderaan berusia lebih 15 tahun yang mahu melupuskan kenderaan mereka serta membeli kenderaan baru.

“Mekanisme pelaksanaannya sedang diteliti dan jika dilaksanakan diharapkan ia dapat merangsang semula sektor automotif yang berperanan besar menjana ekonomi negara kerana bernilai berbilion ringgit.

“Pembelian kenderaan baru akan memberi impak besar kepada perkembangan ekonomi kerana kerajaan turut mendapat hasil cukai,” katanya selepas majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, semalam.

Ketika ini dianggarkan ada lebih sejuta kenderaan yang berusia lebih 15 tahun di negara ini kerana Malaysia belum ada undang-undang yang mengehadkan tempoh penggunaan kenderaan di atas jalan raya.

Muhyiddin berkata, kementeriannya juga mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan insentif pembelian kenderaan baru sebanyak RM5,000 dalam tempoh terdekat ini.

Sumber : MyMetro Selasa, 24 Februari 2009
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

No comments:

Welcome To Jabatan Penerangan Sarikei

Selamat Datang Ke
Jabatan Penerangan Malaysia Sarikei

Macamni / sini nak carik kmk org

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei terletak di tengah – tengah Bandar Sarikei. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi kami di alamat ;

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei,

Jalan Getah,

96100 Sarikei.

Atau anda boleh menghubungi kami di talian ;

Tel : 084 – 651904 / 651140

Faks : 084 – 653251

Atau emel terus kepada kami :

pensarikei@inform.gov.my