17 March 2009

Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sarikei 1430H


Toklah antara org yang gago malam ya Idham, selain jadi JAV nya pun dapat juak jadi photographer


Barisan Peserta Tilawah Peringkat Daerah


Org paling gago malam ya, tiap-tiap malam cdak 2 ya mesti ada


Johan Tilawah Qari Tilawah Al Quran Daerah Sarikei, Imam Yahya Osman


Barisan tetamu yang hadir ( dari kiri ) : Mantan Temenggong Ayahanda Hj. Abd. Rani b. Suhaili, Ayahanda Penghulu Hj. Abdullah b. Yunus, Pegawai Daerah, En. Abg. Mohd Porkan Hj. Abg. Budiman dan Penolong Kanan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarikei, Hj. Abdul Rahman Hj. Masa'at ( bos dak Padil )



Keputusan akhir Tilawah Peringkat Daerah Sarikei 1430H

Qari

Johan : En. Yahya Osman
Naib Johan : Mohd. Terang Wasli
Tempat Ketiga : Mohd. Hassan Mahdi

Qariah

Johan : Pn. Jamaiyah Ahmad
Naib. Johan : Pn. Siot bt. Toi
Tempat Ketiga : Pn. Tajudah bt. Che Tom





Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sarikei 1430H




Persiapan untuk menyediakan alatsiaraya oleh sound engineer jabatan diketuai oleh Hj. Morshidi dan dibantu oleh Zul dan Idham

Genie in the bottle.

Dah lama owner tak update blog ni. Beliau sibuk menjalankan amanah yg dipertanggungjawabkan di Lubuk Antu. So, hamba dengan tanpa segan silunya cuba menyerikan lagi blog yg telah dihasilkan. Maaflah sebab hamba tak berapa fasih untuk menulis menggunakan 'slang' sarawak.kalau nak klaka sikit2 tu boleh lah. Tapi nak menulis tak pandai.Takut nanti tersalah ejaan,lain pulak maksudnya. So, terimalah nukilan pertama hamba dalam blog ni.

One day, there is a dude who selling a smuggle 'parkway' cigarette, walking through the Nyelong by pass. Far in front of him, he saw a blinking bottle in the middle of the road. He took it off and 'goncang-goncang' until the bottle wanna pecah oredi.

Suddenly, there is a smoke coming up...well, like a famous genie story, the genie popping up from the top of the bottle.

Dude : whoaa..!! Genie, i hope i can make a wish ler.can right?
Genie : Sure..sure.. can.i'm a super power genie in this universe.but this time only one wish lah.
Dude: what.!! one wish oni ar? normally u'll offer 3 wishes.why now oni one?
Genie: Haihh...u know la nowadays got economics crisis somemore,so everything was cut off oredi.
Dude: Aik..u also effected ar? i thought it is only effected to human oni.
Genie: Of course la..everybody effected.So..U want to make a wish or not?If not, then i want
to go back and sleep.Soo sleepy already. Last night watch football.F**ker lah
LiberFOOL.
Dude:Oklah..oklah..I got a big problem here.My office's internet connection is damn slow
lah.Even my dial-up connection in my kampung is 10 times faster than my office
connection.Can u make the connection to become faster than any other internet
connection in the world?
Genie:Aiyak...my knowledge in networking is ciput oni maa..how can i resolved ur
problem.Make other wish lah.
Dude: Laa...u said just now that U're the super power genie.liar lah.Oklah..i change my wish.
This time i want u to make a political situation in Perak back to normal,peacefull,
harmony..etc.can ar?
Genie: What..!!
Dude : How !! can resolve ar?
Genie: Eh..u bring me to your office right now..I'll resolve your network connection in your office.

03 March 2009

Kebakaran Rumah di Sarikei...



4 Mac 2009, Rabu - Satu kebakaran telah berlaku di sarikei yang mana telah menggemparkan penduduk di sekitar sarikei khususnya penduduk di kawasan kampung baji... (rumah dak ipin job) lorong 1 Jalan century....
Semasa kejadian difahamkan keadaan angin sedang bertiup kencang dan menyukarkan pihak bomba untuk memadamkan kebakaran tersebut. Menurut sumber, sebuah rumah berhampiran hampir musnah dalam kebakaran tersebut
saksikanlah gambar-gambar kemusnahan rumah tersebut




k
Gambar/video oleh: Jem Penerangan

'Kerajaan Pasir Dua Butir' di Perak imbau jenaka P. Ramlee

BERSIDANG di bawah pokok! Jika sebelum ini ia hanya menjadi bahan lawak, pakatan pembangkang menjadikannya satu realiti.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipengerusikan Speaker, V. Sivakumar yang dirancang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan akhirnya berlangsung di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut.

Kedegilan pemimpin pembangkang mengadakan sidang itu walaupun dilarang pihak polis menggambarkan sikap sebenar mereka yang langsung tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang.

Doa dibacakan oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki yang baru sehari dilantik. Ia juga menandakan sidang di bawah pokok bermula.

Apa yang berlaku ini bukan lagi perkara pelik dalam senario politik negara sekarang, lebih-lebih lagi membabitkan parti pembangkang.

Jika tujuan mereka mahu membubarkan DUN selain menyokong kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu boleh dilakukan di mahkamah.

Namun mereka memilih untuk melakukan provokasi. Tujuannya untuk menguji sejauh mana pihak polis akan bertindak ke atas mereka.

Jika berjaya, ini akan dijadikan pula 'modal' politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 7 April ini.

Tidak sukar lagi untuk menjangka taktik dan strategi golongan ini. Kesanggupan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan selama ini telah terbukti menjadi 'azimat' dalam usaha meraih simpati masyarakat.

Tidak mustahil 'kelembutan' pihak polis mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan begini menyebabkan mereka 'lebih berkuasa daripada pihak berkuasa.'

Walaupun sedar menjalankan sidang di bawah pokok tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebelum ini, apatah lagi hak untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Sultan tetapi matlamat mereka hanyalah 'untuk menarik perhatian.'

Justeru, mereka memilih untuk 'memalukan' negara menerusi tindakan-tindakan luar biasa dan kenyataan-kenyataan kesat di kain rentang.

Hakikatnya, pakatan pembangkang telah diberi kesempatan untuk mentadbir Perak selama 11 bulan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka sepatutnya dapat membuktikan kemampuan yang ada untuk melakukan segala kebajikan dan kebaikan untuk masa depan rakyat.

Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu tentang apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Lebih malang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sanggup menjadi 'kuda tunggangan' sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai maksud politik mereka yang terselindung selama ini.

Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi. Bagi pemimpin yang waras akal fikirannya, ini sewajarnya dijadikan fokus utama mereka dalam mencari jalan atau ruang ke arah mengurangkan beban rakyat.

Maknanya, jika pemimpin itu sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang berjiwa murni dan ikhlas untuk membantu rakyat, mereka tidak akan sanggup melakukan tindakan yang menyusahkan rakyat.

Jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup, beliau pasti tertawa melihat babak jenaka ketua hilang kuasa yang diselitkan dalam filem arahan terakhirnya, Laksamana Do Re Mi.

Antara babak menarik dalam filem itu ialah tentang persidangan negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berlangsung di bawah pokok dalam kawasan lapang akhirnya benar-benar menjadi realiti dalam senario politik Perak.

sumber: Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
utusanperak@utusan.com.my
4Mac2009

Bapak Segala Buaya

Apakah Petanda ini?......
Ular Besar dah keluar... sekarang buaya pula......

SAKSIKANLAH VIDEO INI

02 March 2009

Mesyuarat Pengurusan Daerah Sarikei 2009

Pada 26 Februari 2009, bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Penerangan Bahagian/Daerah Sarikei, telah berlangsungnya satu Mesyuarat Pengurusan Daerah Sarikei bagi kakitangan dibawah jagaan Pegawai Penerangan Daerah Sarikei, En. Aris Hipni.

Pada mesyuarat berkenaan, beliau telah mempengerusikan mesyuarat yang telah berlangsung hampir 3 Jam.

Pada mesyuarat berkenaan beliau telah menyarankan agar semua anggota di daerah sarikei akan lebih banyak memperbaiki kelemahan dan juga berharap agar pada tahun ini lebih banyak aktiviti - aktiviti jabatan yang mampu dijalankan kerana menurut beliau jabatan kini sedang beralih ke arah sistem pengurusan laporan secara online.

Pada mesyuarat berkenaan, beliau juga telah mengumumkan bahawa En.Awg. Asmanizam Bin Awg. Ahmad(Ijam Labuk) telah dilantik menjadi Ketua Unit, Unit Darat 217. Manakala unit lain kekal seperti biasa...

Unit Darat 217 (Sarikei)
Awg. Asmanizam (Ketua Unit)
Kartini Ahmad (Pemb.Penerangan)
Ziaulkhumaini (Juruaudio Visual)

Unit Sungai 58 (Sarikei)
Juliani Bolhi (Ketua Unit)
Idhamcaturnanda Putra (Juruaudio Visual)
Jamali Daud (Pemandu Enjin Sangkut)
Awg. Othman Awg. Bujang (Anak Perahu)

Unit Sungai 83 (Belawai)
Umar Mahelen (Ketua Unit)
Badrol Hisyam (Juruaudio Visual)
Azri Mee (Pemandu Enjin Sangkut)
Majid Openg (Anak Perahu)


PPD Sarikei mempengerusikan mesyuarat... Jgn terlalu serius mesti relax dan jgn stress...



antara para anggota yang hadir semasa mesyuarat berkenaan



Jamuan Selepas Mesyuarat

Menu: Nasi Lemak (Sambal bilis & sambal sotong), Tapai, Nasi Manis dan apa gik ka....
Nyamannn...

Sik Sabar nak makan tuk eh...


ambik jak... dah bayar....

dalam makan sambil bebincang nak d padah bos tek
ujung - ujung sendat geruk...

aih... micheal ada tapau.... ha... 15ringgit...


Welcome To Jabatan Penerangan Sarikei

Selamat Datang Ke
Jabatan Penerangan Malaysia Sarikei

Macamni / sini nak carik kmk org

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei terletak di tengah – tengah Bandar Sarikei. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi kami di alamat ;

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei,

Jalan Getah,

96100 Sarikei.

Atau anda boleh menghubungi kami di talian ;

Tel : 084 – 651904 / 651140

Faks : 084 – 653251

Atau emel terus kepada kami :

pensarikei@inform.gov.my