31 March 2009

Aktiviti mingguan cdak Penerangan Sarikei

Toklah aktiviti mingguan cdak Opis Penerangan Sarikei, main badminton di Dewan Masyarakat Sarikei. Majulah Sukan Untuk Penerangan.

Berbelit tangan Bang Mat ngambik drop Jem

Beregu terhebat dunia, Bang Mat n Bad

Bos Aris tengah nyemash bola dgn gaya uniknya

Tang benar jak rupa Bang Mat molah servis...hehehehehe

Kandid Kamera Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Komuniti Bestari


Sejuk dah nasik lemak nunggu cdak abis meeting

Itu ko dia...meeting dah abis berebut nak makan perut dah lapar.....hehehe

Salah seorang mangsa kebuluran......

Marsha kmk orang di opis ckei...tp sayang muka x nampak...malu tek kenok ehh.....

Ali kontrol hensem duduk sebelah ompuan

30 March 2009

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti komuniti Bestari Bahagian Sarikei Bil. 1/2009

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Komuniti Bestari Bahagian Sarikei Bil. 1/2009 telah diadakan dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Jabatan Penerangan Malaysia, Bahagian Sarikei. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Aziz Abdul Rahman, Pegawai Penerangan Bahagian Sarikei. Antara aktiviti dirancang adalah Info Bestari dan Semarak Bestari. Pada mesyuarat tersebut semua PPD, Pegawai Penyelaras K.Bestari dan Pengerusi K. Bestari di Bahagian Sarikei turut hadir.


PPB Sarikei sedang mempengerusikan mesyuarat

Antara yang hadir dalam mesyuarat berkenaan

Tekun mendengar penerangan daripada PPB Sarikei

Pegawai Penyelaras Komuniti Bestari

PP Ali Jahar sedang mengemukakan soalan

Program Komuniti Belia Remaja " Y2Y " Parlimen P.208 Sarikei

Program Komuniti Belia Remaja " Y2Y " Parlimen P.208 Sarikei telah berlangsung dengan jayanya pada 27 dan 28 Mac 2008. Program yang telah disertai oleh 53 orang remaja dari Parlimen P.208 Sarikei adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sarikei. Majlis Penutupan Rasmi program berkenaan disempurnakan oleh Ahli Parlimen P.208 Sarikei, YB En. Ding Kuong Hing di Dewan PBSM Cabang Sarikei.


Ucapan Penutupan Rasmi oleh YB Ding Kuong Hiing


Pegawai Belia & Sukan Sarikei, En. Noim Lanjis sedang menyampaikan ucapan aluan

Para peserta sedang mendengar amanat dari tetamu kehormat


Sesi bergambar bersama tetamu kehormat

29 March 2009

Kandid Kamera Program AADK

Bestnyer menulis.....sampai meniarap..hehehehe

Baca apa tu??? concentrate nampak ........

Wajah ceria seorang cikgu....toklah Cikgu Ipot....

Sempat juak karaoke......

Aduhhh......mengancamnya jelingan ya.....ishhhh

Program Sayangi Keluarga dan Program Keluarga Sejahtera

Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Sibu telah mengadakan Program Sayangi Keluarga dan Program Keluarga Sejahtera yang berlangsung pada 28 Mac 2009 ( Sabtu ) di Pusat Aktiviti Perpaduan. Program yang diadakan selama sehari itu dijayakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Bahagian Sarikei. Antara akitviti yang diadakan adalah Ceramah Motivasi, Tayangan Video Penghidap AIDS dan Sukaneka.


Penceramah, Encik Abdul Hadi Ishak, Pensyarah Institut Perguruan Malaysia Kampus Rajang


Antara peserta ceramah motivasi


Peserta acara sukaneka

Membentang hasil kerja yang telah disiapkan

Murid - murid TABIKA Perpaduan dan para ibu bapa bekerjasama untuk menang acara sukaneka

24 March 2009

Unit Pengurusan Isu Bahagian Sarikei

Inilah dua orang kuat Unit Pengurusan Isu Bahagian Sarikei.


Puan Florence Sebastian Unting
( Ketua Unit Pengurusan Isu )

Puan Ainie Elah
( Pembantu Penerangan Unit Pengurusan Isu)

Welcome To Jabatan Penerangan Sarikei

Selamat Datang Ke
Jabatan Penerangan Malaysia Sarikei

Macamni / sini nak carik kmk org

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei terletak di tengah – tengah Bandar Sarikei. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi kami di alamat ;

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei,

Jalan Getah,

96100 Sarikei.

Atau anda boleh menghubungi kami di talian ;

Tel : 084 – 651904 / 651140

Faks : 084 – 653251

Atau emel terus kepada kami :

pensarikei@inform.gov.my