23 March 2009

Sesi berbalas pantun buat Peli.... hehehehehehe


Aie..setauk aku ye ckgu noden ngan mat akiL..mun sik salah diat ku la..mun mata aku x kabor la......congratulation 2u 2..i salute u 2 ckgu noden n mat akil.......aie..ne peli ne??? sik in frame kah?? oooo tedah..mesti sik embak nya 2 tuk ngan same.....lain kali mbak juak peli ckgu noden.......kali agk ngail kat jematan merah ajak sangkak ku ajak lah.....lelah jak cdak 2 ya pegi ke laut org lain ambik oleh.........aku main di sungei bah jematan ajak byk ada oleh.....lom gik aku g laut hahahahahhahaha....lebih agik oleh aku mun pegi laut.......xpat agk org lain boleh ikan......

Anjung Bestari Rh. Nyuka


Anjung Bestari sedang dalam pembinaan


Hasil gotong - royong untuk dinikmati bersama


Sesi lawatan ke Anjung Bestari Rh. Nyuka.


Anjung Bestari yang dibina hasil gotong - royong ahli - ahli K.Bestari Rh. Nyuka.


Sesi bergambar kenangan di hadapan anjung bestari

Lawatan ke Komuniti Bestari Rh. Nyuka, Lubok Lemba, Ulu Sarikei

Baru - baru ini, Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei telah mengadakan lawatan ke Komuniti Bestari Rh. Nyuka, Lubok Lemba, Ulu Sarikei. Lawatan ini telah diketuai oleh PPD Sarikei, En. Aris Hipni dan PPD Julau, En. George Humprey Dolek. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan bahawa K.Bestari Rh. Nyuka telah diambil alih pentadbirannya oleh PPD Sarikei. Sebelum ini segala urusan pentadbiran komuniti bestari berkenaan adalah di bawah bidang kuasa PPD Julau.


Inilah Rh. Nyuka ak Itam di Lubok Lemba, rumah panjang tradisional yang berusia hampir 51 tahun.


PPD Julau, En. George sedang memperkenalkan PPD Sarikei dan rombongan kepada ahli - ahli komuniti bestari.


En. Dickson Bessih ( baju putih ) Pengerusi K.Bestari Rh. Nyuka mendengar amanat yang disampaikan.


PPD Sarikei, EN. Aris Hipni menyampaikan ucapan beliau.



Antara penduduk yang setia menunggu di rumah panjang, yang lain bekerja di tempat lain dan ada yang masih bersekolah.

22 March 2009

Dulu mengutuk kerajaan tapi demi sesuap nasi terpaksa menjilat balik ludah yang diluahkan.

Dulu Aktivis Mahasiswa Pembangkang, Kini Kerja Dengan Kerajaan



(Gambar: Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali, Pengerusi SMM dan Exco PMIUM, Bekas Pelajar Nilam Puri dan sekarang sudah bergraduan dari UM. Ketika masih menuntut di tahun 3, beliau merupakan mastermind mana-mana demonstrasi mahasiswa di Malaysia termasuk membawa mahasiswa berdemonstrasi pada 10 November 2007 yang dianjurkan oleh BERSIH. Kelihatan dalam gambar beliau, berdiri di tengah, sedang menjadi jurucakap demonstrasi yang dianjurkan oleh Parti Mahasiswa Negara bersama Azlan Zainal)

Pada 17 November 2008, Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali telah pun melapor diri menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Jabatan Imigresen Putrajaya. Bertuah benar, seorang bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM yang merupakan aktivis pelajar pembangkang sekarang ini sudah berkhidmat dalam sektor awam kerajaan. Sesudah puas mencaci maki dan mengherdik kerajaan BN, sekarang Sheikh Omar menjadi pekerja pula kepada kerajaan yang pernah dicacinya dahulu. Inilah contoh kerajaan yang prihatin, biarpun dahulunya orang tersebut pernah menentang kerajaan dan dianggap anti-establishment tetapi diambil juga bekerja sebagai PTD, satu jawatan tetap dalam sektor awam.




Mohd Izwan Bin Md. Yusof
(Dulu bekas AJK Dewan Pemuda PAS, kini bertugas di JAKIM)

Bukan Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali seorang sahaja yang diambil bekerja dalam sektor awam. Ramai lagi yang dahulunya mengecam kerajaan sekarang ini sudah pun makan gaji bersama kerajaan. Ramai di antara mereka berada di JAKIM. Mohd Izwan Bin Md. Yusof yang merupakan bekas Setiausaha Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) 2005-2007, bekas AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan 2005-2007, Presiden PMIUM 2001/02 dan Presiden GAMIS 2001/02. Mohd Izwan kini bertugas di JAKIM menjaga Cawangan Islam Hadhari dan Penerapan Nilai-Nilai, Bahagian Dakwah, JAKIM, Putrajaya.



Seorang lagi Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang berkerja di JAKIM adalah Muhammad Haniff Bin Baderun. Beliau merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) 2005/06. Kini bertugas sebagai pegawai JAKIM di Pusat Pemulihan Akidah, Jelebu.


Moha



Rosdam Hanabi Bin Mohamed (bekas aktivis pro pembangkang di UIA, kini menjadi pegawai JAKIM).

Mereka yang bertugas di JAKIM ini yang menjadi pelaksana Islam Hadhari yang sering dicemuh oleh pemimpin-pemimpin PAS dan PKR. Mereka berkhidmat untuk sektor awam dan tidak pun diambil bekerja oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Oleh itu, apa guna lagi menjadi mahasiswa anti-establishment di universiti?. Tiada siapa yang membela kamu bila tamat pengajian. Akhirnya apa yang dicemuh, dimakan kembali. Mungkin selepas ini akan ramai lagi aktivis mahasiswa pro pembangkang akan jadi PTD, pensyarah dan guru-guru J-Qaf. Boleh kritis di kampus tetapi biarlah konstruktif dan praktikal. Selepas habis belajar, barulah hendak sedar siapa yang dipergunakan siapa.


p/s: inilah yang dikatakan " Meludah ke langit, terkena muka sendiri "

Saya bercakap kerana Melayu hadapi masalah: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau memberanikan diri bercakap mengenai orang Melayu di negara ini walaupun akan dituduh sebagai perkauman kerana mereka kini dilanda pelbagai masalah dan ancaman.

Bekas Perdana Menteri berkata, jika orang Melayu tidak dibenar bercakap mengenai masalah dihadapi, mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak di negara sendiri.

Beliau berkata, bahaya itu ada kebenarannya kerana orang Melayu sudah melihat tekanan dan penghinaan terhadap bangsa sendiri apabila mereka dijadikan minoriti di wilayah yang dulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

"Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan kerana orang lain, tetapi kerana orang Melayu sendiri yang suka membinasakan diri sendiri.

"Mereka tidak mahu merebut peluang yang disediakan bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi mat rempit," katanya ketika menyampaikan ucapan Menangani Masa Depan Pribumi Dalam Cabaran Politik Semasa pada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini, semalam.

Perhimpunan sehari yang dianjurkan Pribumi Perkasa Negara itu turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu tidak suka dengar semua itu kerana malu, tetapi jika tidak disuarakan masalah berkenaan, ia tidak akan hilang dengan sendiri.

"Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan salah lagi," katanya sambil menambah apa guna Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan jika orang Melayu tidak mahu menggunakan peluang yang diwujudkan.


p/s. Inilah Orang Melayu yang dilahirkan pada zaman DEB. Bila dah senang lupa asal usul dan kepayahan memerdeka dan memajukan negara. Mencari kesalahan dan kelemahan tanpa ada usaha dan inisiatif untuk membetulkan kesilapan kerajaan. Bagi yang cerdik pandai, gunakanlah akal fikiran dan ilmu anda untuk sama - sama memajukan negara Malaysia yang tercinta ini. Ingatlah nikmat dan kekayaan adalah pinjaman semata - mata, bila - bila sahaja ALLAH SWT boleh menarik balik nikmat yang ada. Betul seperti kata Tun, " MELAYU MUDAH LUPA"

LIVERPOOL MENANG AGIK






Scorer: Kuyt (7)
Scorer: Riera (32)
Scorer: Gerrard (39 pen., 49, 65 pen.)

LIVERPOOL: Steven Gerrard menjaringkan hatrik ketika Liverpool membelasah Aston Villa bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Manchester United kepada hanya satu mata.

Dirk Kyut membuka jaringan pada minit kelapan dengan rembatan kencang selepas sepakan percuma Gerrard terkena palang dan melantun ke arah beliau.

Albert Reira menyumbat gol kedua Liverpool dengan larian pantas dan sepakan ke penjuru gawang hasil umpanan jauh penjaga gol Pepe Reina, pada minit ke-33.

Gerrard menjadikan kedudukan 3-0 menerusi sepakan penalti enam minit kemudian selepas Reira dijatuhkan dalam kotak penalti.

Kapten Liverpool itu menjaringkan gol kedua beliau menerusi sepakan percuma hanya lima minit selepas separuh masa kedua bermula sebelum melengkapkan hatrik menerusi satu lagi sepakan penalti pada minit ke-65 selepas Fernando Torres dijatuhkan penjaga gol Villa, Brad Friedel, yang dilayangkan kad merah.

Dengan kemenangan besar itu, Liverpool kini memintas United dan Chelsea dari segi perbezaan gol dan kembali ke kedudukan kedua liga. - Agensi




USAHA TANGGA KEJAYAAN ( IBOH JELES PELI )



TOKLAH HASIL USAHA JEM CARIK FULUS HUJUNG MINGGU TOK TEK. 5 EKOR IKAN PALO DENGAN BERAT SEMUANYA 18 KILO. HEHEHEHEHE ADO JUAK BELANJO SEMENTARA NUNGGU TERIMAK. IKAN DUDONG TAK MAIN LA PELI........

Welcome To Jabatan Penerangan Sarikei

Selamat Datang Ke
Jabatan Penerangan Malaysia Sarikei

Macamni / sini nak carik kmk org

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei terletak di tengah – tengah Bandar Sarikei. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi kami di alamat ;

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei,

Jalan Getah,

96100 Sarikei.

Atau anda boleh menghubungi kami di talian ;

Tel : 084 – 651904 / 651140

Faks : 084 – 653251

Atau emel terus kepada kami :

pensarikei@inform.gov.my