22 March 2009

Saya bercakap kerana Melayu hadapi masalah: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau memberanikan diri bercakap mengenai orang Melayu di negara ini walaupun akan dituduh sebagai perkauman kerana mereka kini dilanda pelbagai masalah dan ancaman.

Bekas Perdana Menteri berkata, jika orang Melayu tidak dibenar bercakap mengenai masalah dihadapi, mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak di negara sendiri.

Beliau berkata, bahaya itu ada kebenarannya kerana orang Melayu sudah melihat tekanan dan penghinaan terhadap bangsa sendiri apabila mereka dijadikan minoriti di wilayah yang dulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

"Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan kerana orang lain, tetapi kerana orang Melayu sendiri yang suka membinasakan diri sendiri.

"Mereka tidak mahu merebut peluang yang disediakan bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi mat rempit," katanya ketika menyampaikan ucapan Menangani Masa Depan Pribumi Dalam Cabaran Politik Semasa pada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini, semalam.

Perhimpunan sehari yang dianjurkan Pribumi Perkasa Negara itu turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu tidak suka dengar semua itu kerana malu, tetapi jika tidak disuarakan masalah berkenaan, ia tidak akan hilang dengan sendiri.

"Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan salah lagi," katanya sambil menambah apa guna Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan jika orang Melayu tidak mahu menggunakan peluang yang diwujudkan.


p/s. Inilah Orang Melayu yang dilahirkan pada zaman DEB. Bila dah senang lupa asal usul dan kepayahan memerdeka dan memajukan negara. Mencari kesalahan dan kelemahan tanpa ada usaha dan inisiatif untuk membetulkan kesilapan kerajaan. Bagi yang cerdik pandai, gunakanlah akal fikiran dan ilmu anda untuk sama - sama memajukan negara Malaysia yang tercinta ini. Ingatlah nikmat dan kekayaan adalah pinjaman semata - mata, bila - bila sahaja ALLAH SWT boleh menarik balik nikmat yang ada. Betul seperti kata Tun, " MELAYU MUDAH LUPA"

LIVERPOOL MENANG AGIK






Scorer: Kuyt (7)
Scorer: Riera (32)
Scorer: Gerrard (39 pen., 49, 65 pen.)

LIVERPOOL: Steven Gerrard menjaringkan hatrik ketika Liverpool membelasah Aston Villa bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Manchester United kepada hanya satu mata.

Dirk Kyut membuka jaringan pada minit kelapan dengan rembatan kencang selepas sepakan percuma Gerrard terkena palang dan melantun ke arah beliau.

Albert Reira menyumbat gol kedua Liverpool dengan larian pantas dan sepakan ke penjuru gawang hasil umpanan jauh penjaga gol Pepe Reina, pada minit ke-33.

Gerrard menjadikan kedudukan 3-0 menerusi sepakan penalti enam minit kemudian selepas Reira dijatuhkan dalam kotak penalti.

Kapten Liverpool itu menjaringkan gol kedua beliau menerusi sepakan percuma hanya lima minit selepas separuh masa kedua bermula sebelum melengkapkan hatrik menerusi satu lagi sepakan penalti pada minit ke-65 selepas Fernando Torres dijatuhkan penjaga gol Villa, Brad Friedel, yang dilayangkan kad merah.

Dengan kemenangan besar itu, Liverpool kini memintas United dan Chelsea dari segi perbezaan gol dan kembali ke kedudukan kedua liga. - Agensi




USAHA TANGGA KEJAYAAN ( IBOH JELES PELI )



TOKLAH HASIL USAHA JEM CARIK FULUS HUJUNG MINGGU TOK TEK. 5 EKOR IKAN PALO DENGAN BERAT SEMUANYA 18 KILO. HEHEHEHEHE ADO JUAK BELANJO SEMENTARA NUNGGU TERIMAK. IKAN DUDONG TAK MAIN LA PELI........

18 March 2009

Saya sangat tertarik membaca kisah adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.
Apa yang memeranjatkan adalah rumah tempat tinggal Nur Madihah yang beralamat di Kg. Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Kalau dilihat rumah tersebut, nak kata rumah pun tidak nak kata reban pun tidak.
Macam mane Nur Madihah tinggal bersama adik beradik dan ibubapanya dalam rumah tersebut.
Dan nak bayangkan macam mane Nur Madihah dapat mentelaah pelajaran hingga mencapai kejayaan hebat tersebut. Saya diberitahu antara rahsia kejayaan Nur Madihah ialah beliau sentiasa bangun tahajjud.
Cuba bayangkan beliau masih mampu bangun tahajjud dalam keadaan rumah yang sebegitu daif!
Terasa malu plak bagi kita yang punya rumah hebat siap air-con tapi jangankan tahajjud, takut suboh pun tak terkejut!!
Tapi apa yang lebih membingungkan saya adalah bagaimana kedaifan keluarga ini langsung tidak diketahui samada oleh pihak sekolah, pihak jawatankuasa masyarakat, jabatan-jabatan kerajaan samada peringkat negeri mahupun persekutuan saperti JKM, PPD dan lain-lain.
Saya terbaca lapuran bagaimana Nur Madihah terpaksa berlapar dan berpuasa kerana tiada kemampuan untuk belanja.
Allah humma ya Allah..begitu besar Rahmat & Rahim Mu Ya Allah. Berilah kami kekuatan & kecekalan menghadapi segala pancaroba dan cabaran sebagaimana Engkau berikan kepada Nur Madihah. Dan kepada Nur Madihah, Engkau berikan kejayaan kepada beliau dan berilah keberkatan kepada apa jua yang Engkau berikan kepada beliau.
Ameen ya robbal 'alamin..

'Ahli lembaga letak jawatan jika rayuan Ali diterima'

KUALA LUMPUR: Ahli Lembaga Disiplin Umno perlu meletak jawatan jika rayuan Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya dibenarkan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden diterima oleh Majlis Tertinggi (MT) parti, kata Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, jika jawatankuasa rayuan menerima rayuan Ketua Menteri Melaka itu, ia akan menjejaskan kredibiliti ahli lembaga, sekali gus menampakkan semua tindakan lembaga serba tidak kena.

"Ahli Lembaga Disiplin kena berhenti... dia sudah menjejaskan kedudukan seseorang calon dengan keputusan mengaibkan, menghilangkan hak calon untuk bertanding, tetapi tiba-tiba selepas rayuan didengar, calon itu dibenarkan semula bertanding.

"Di mana Lembaga Disiplin hendak letak muka. Mereka semua kena letak jawatan," katanya pada pemberita ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.

Beliau diminta mengulas tindakan Mohd Ali yang tetap dengan pendirian tidak bersalah dan akan kemukakan rayuan kepada MT Umno.

Razaleigh berkata, mereka yang dihukum mempunyai hak membuat rayuan dan jika didapati tidak bersalah, mereka patut dibebaskan.


Sumber : Berita Harian 19 Mac 2009

Kandid Kamera Mac 2009


Aduhhhh...............kenak la xda kuar bunyi tok.....................


toklah petugas multimedia, cdak ustaz rock....


siap ada background asap.....lepak2 isap rokok...


minuman asasi masa tilawah.......kopi susu kurang manis..............


menu utama.......kuih n rokok parkway merah.......

Ingatan kepada sapa2 yang suka minum teh tarik dan makan roti canai......sendiri maok ingatlah ........

Peniaga ugut naik harga teh tarik, roti canai


KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan pengusaha restoran tempatan mengancam untuk menaikkan harga makanan termasuk roti canai dan teh tarik jika kerajaan bertegas dengan keputusan menaikkan levi pengambilan pekerja asing.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) berkata, tindakan menaikkan harga itu terpaksa dibuat bagi mengelak perniagaan mereka terjejas berikutan peningkatan kos pekerja.

Timbalan Presiden Presma, Kamarul Zaman Seeni Mohideen, berkata langkah kerajaan menaikkan levi pekerja asing itu tidak adil kepada pengusaha restoran, khususnya ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi.

“Kami amat terguris kerana selama ini persatuan sentiasa memberi sokongan padu kepada semua dasar kerajaan, termasuk membantu menjayakan kempen penurunan harga makanan yang dilaksanakan pada November lalu.

“Jadi kini kami amat berharap kerajaan menimbang semula kenaikan levi itu kerana jika ia diteruskan, kami tiada pilihan selain menaikkan harga makanan bagi menampung peningkatan kos operasi,” katanya di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad kelmarin yang menegaskan kerajaan tidak akan menimbang semula keputusan menaikkan levi pengambilan pekerja asing daripada RM1,800 kepada RM3,600 seorang.

Shahrir dilaporkan berkata, tindakan itu dibuat sebagai langkah mengurangkan pekerja asing dan pengusaha restoran 24 jam perlu menerima hakikat serta sanggup membayar levi itu jika mahu terus menggunakan mereka.

Kamarul Zaman berkata, Presma amat kecewa dengan Shahrir yang tidak mengendahkan rayuan mereka supaya levi itu tidak dinaikkan kerana selama ini persatuan sentiasa sedia menyokong semua dasar membabitkan kementerian itu.

Jumaat lalu, Persatuan Tuanpunya Restoran India (IROA), Persatuan Tuanpunya Restoran Muslim Malaysia (MMROA), Persatuan Tuanpunya Restoran Cina (CROA) dan Persatuan Tuanpunya Restoran Bumiputera (BROA) turut menggesa kerajaan membatalkan kenaikan levi pekerja asing itu.

Sementara itu, Presiden Primas, Datuk Ramalingam Pillai ketika dihubungi berkata, isu kenaikan levi pekerja asing perlu dirunding semula bagi mengelak kepentingan pengguna dan pengusaha restoran di negara ini terjejas.

“Jika levi itu dinaikkan, kami tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga makanan dan langkah itu pasti membebankan pengguna, khususnya dalam keadaan ekonomi negara yang dijangka tidak memberangsangkan tahun ini.

“Kenaikan levi dijangka menjejaskan kira-kira 600 ahli Primas yang kebanyakannya peniaga restoran kecil dan sederhana serta tidak mampu membayar kadar begitu tinggi tetapi terpaksa mengambil pekerja asing kerana guna tenaga tempatan tidak berminat,” katanya.


Sumber : Berita Harian 19 Mac 2009


Welcome To Jabatan Penerangan Sarikei

Selamat Datang Ke
Jabatan Penerangan Malaysia Sarikei

Macamni / sini nak carik kmk org

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei terletak di tengah – tengah Bandar Sarikei. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi kami di alamat ;

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei,

Jalan Getah,

96100 Sarikei.

Atau anda boleh menghubungi kami di talian ;

Tel : 084 – 651904 / 651140

Faks : 084 – 653251

Atau emel terus kepada kami :

pensarikei@inform.gov.my