18 March 2009

Kandid Kamera Mac 2009


Aduhhhh...............kenak la xda kuar bunyi tok.....................


toklah petugas multimedia, cdak ustaz rock....


siap ada background asap.....lepak2 isap rokok...


minuman asasi masa tilawah.......kopi susu kurang manis..............


menu utama.......kuih n rokok parkway merah.......

Ingatan kepada sapa2 yang suka minum teh tarik dan makan roti canai......sendiri maok ingatlah ........

Peniaga ugut naik harga teh tarik, roti canai


KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan pengusaha restoran tempatan mengancam untuk menaikkan harga makanan termasuk roti canai dan teh tarik jika kerajaan bertegas dengan keputusan menaikkan levi pengambilan pekerja asing.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) berkata, tindakan menaikkan harga itu terpaksa dibuat bagi mengelak perniagaan mereka terjejas berikutan peningkatan kos pekerja.

Timbalan Presiden Presma, Kamarul Zaman Seeni Mohideen, berkata langkah kerajaan menaikkan levi pekerja asing itu tidak adil kepada pengusaha restoran, khususnya ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi.

“Kami amat terguris kerana selama ini persatuan sentiasa memberi sokongan padu kepada semua dasar kerajaan, termasuk membantu menjayakan kempen penurunan harga makanan yang dilaksanakan pada November lalu.

“Jadi kini kami amat berharap kerajaan menimbang semula kenaikan levi itu kerana jika ia diteruskan, kami tiada pilihan selain menaikkan harga makanan bagi menampung peningkatan kos operasi,” katanya di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad kelmarin yang menegaskan kerajaan tidak akan menimbang semula keputusan menaikkan levi pengambilan pekerja asing daripada RM1,800 kepada RM3,600 seorang.

Shahrir dilaporkan berkata, tindakan itu dibuat sebagai langkah mengurangkan pekerja asing dan pengusaha restoran 24 jam perlu menerima hakikat serta sanggup membayar levi itu jika mahu terus menggunakan mereka.

Kamarul Zaman berkata, Presma amat kecewa dengan Shahrir yang tidak mengendahkan rayuan mereka supaya levi itu tidak dinaikkan kerana selama ini persatuan sentiasa sedia menyokong semua dasar membabitkan kementerian itu.

Jumaat lalu, Persatuan Tuanpunya Restoran India (IROA), Persatuan Tuanpunya Restoran Muslim Malaysia (MMROA), Persatuan Tuanpunya Restoran Cina (CROA) dan Persatuan Tuanpunya Restoran Bumiputera (BROA) turut menggesa kerajaan membatalkan kenaikan levi pekerja asing itu.

Sementara itu, Presiden Primas, Datuk Ramalingam Pillai ketika dihubungi berkata, isu kenaikan levi pekerja asing perlu dirunding semula bagi mengelak kepentingan pengguna dan pengusaha restoran di negara ini terjejas.

“Jika levi itu dinaikkan, kami tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga makanan dan langkah itu pasti membebankan pengguna, khususnya dalam keadaan ekonomi negara yang dijangka tidak memberangsangkan tahun ini.

“Kenaikan levi dijangka menjejaskan kira-kira 600 ahli Primas yang kebanyakannya peniaga restoran kecil dan sederhana serta tidak mampu membayar kadar begitu tinggi tetapi terpaksa mengambil pekerja asing kerana guna tenaga tempatan tidak berminat,” katanya.


Sumber : Berita Harian 19 Mac 2009


Program Perkhemahan Jati Diri Bangsa


Pas ceramah dapat hadiah....heheheheheh


Antara audien yg dgr ceramah


Sempat juak posing masa dgr ceramah

Malu - malu indah kenak gambar


Bakal YB tgh berik ceramah - Kemerdekaan dan Cintakan Negara di Tg. Kembang Resorts, Kabong anjuran Jabatan Belia & Sukan Sarikei dan Kelab Belia & Rekreasi Sarikei
pada 16 mac 2009.

Orang paling kuat dan paling sibuk bila ada function


Toklah Mr. Potot a.k.a Abdullah Thani.
Mun ada nya adalah cdak Penerangan, mun ada dak Penerangan adalah Potot,
Nya orang kuat JKR, paling komitmen ngan kerja
Kat belakang ya bos dewan suarah sarikei, ajit telor ampak

17 March 2009

Karnival Generasi Bebas Jenayah Peringkat Bahagian Sarikei


Antara pengunjung yang menyerikan karnival


Barisan peserta pertandingan shuffle


Tetamu kehormat menyampaikan ucapan perasmian


Johan kategori solo


Johan kategori kombo / berkumpulan dari Sibu, peserta paling cilik umonya 8 thn.


Karnival Generasi Bebas Jenayah 2009 anjuran bersama Jabatan Belia & Sukan Bahagian Sarikei, Saberkas Daerah Sarikei, Kelab Sukan Komuniti Repok dan Polis DiRaja Malaysia, Daerah Sarikei.
Karnival berkenaan telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Hamden b. Hj. Ahmad, Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Pelancongan Sarawak telah disaksikan seramai 500 pengunjung.

Antara aktiviti yang diadakan semasa karnival berlangsung adalah Pertandingan Shuffle Terbuka Sarikei, Pertandingan Menyumpit, Street Soccer dan 3 on 3 Basketball serta Pertandingan Poco - Poco. Pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Tuan Hj. Hamden menyambut ketibaan konvoi skuter sebanyak 50 buah. Manakala acara pelepasan konvoi berkenaan telah disempurnakan oleh wakil Residen Sarikei, Encik Jemain Wahab untuk meneruskan perjalanan ke Sibu.

Tilawah Al Quran Peringkat Bahagian Sarikei 1430H


Tetamu Kehormat, YB Tuan Hj. Hamden Hj. Ahmad menyampaikan ucapan penutupan rasmi


Johan Qariah, Cik Siti Maisarah Yahya


Persembahan Zikir Maulud oleh Kumpulan Zikir Nurul Husna, Sarikei


Persembahan Nasyid dari Kump. Najmun Firdausy ( Bintang Syurga ). Cdak tok adalah dari Urusetia Saudara Kita Bahagian Sarikei


Kontrol hensem cdak 2 tok.....hahahahahaha


Pemenang Kontrak jadi mc tilawah thn tok............xda org lain yg offer tender selainnya....heheheheh


Keputusan Akhir Tilawah Al Quran Peringkat Bahagian Sarikei 1430H

Qari

Johan : En. Mohd. Faizul b. Mohd. Aziz ( Johan Menunggu )
Naib Johan : En. Yahya Osman
Ketiga : Mohd. Mahmud b. Tamam

Qariah

Johan : Cik Siti Maisarah bt. Yahya ( Johan Menunggu )
Naib Johan : Puan Jamaiyah Ahmad
Ketiga : Cik Atika bt Hassan

Khabar Dari L.A utk org Sarikei

L.A @ Lubok Antu, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum w.b.t....

Yo bro.. apa d polah ktk org di sarikei masa tok.... x da bz ka?....

dah aku baca blog ktk org tek... teruskan usaha menambahkan / mengacakkan blog kita...
masa tk kat LA ok jk... sik ada apa -apa....

LA @ Lubok Antu kinek tk glamour dan rami oleh kebanjiran manusia yang bergawai sempena Pilihanraya Kecil DUN N29 Batag Ai. Termasuklah aku mpun.. banyak juak staff kita dari seluruh telok pisok sarawak yang ada... antara yang jauh datang; PPD Lawas Sahrul, PP Mussen dr Belaga, Hamzah dr Song JAV Jemildin dr Miri/Bintulu.... ada juak PP ompuan d arah kerja stk... PP dr Miri.. AMoi jak lah nama timangannya.....

Hari tk 18 Mac ada beberapa program di LA tk.. antaranya DCM Datuk Patinggi Alfred Jabu ada program d situk.....

Lain - lain ya banyak gik... mun maok berkunjunglah ke L.A
Oklah kirim salam ngan geng² di Sarikei....
Mun ada berita bagus lak pdh juak.....

Pulai lagik nemu ndar aku bejako enggau bala kitak...
Nyak jak jako aku....

Welcome To Jabatan Penerangan Sarikei

Selamat Datang Ke
Jabatan Penerangan Malaysia Sarikei

Macamni / sini nak carik kmk org

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei terletak di tengah – tengah Bandar Sarikei. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi kami di alamat ;

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei,

Jalan Getah,

96100 Sarikei.

Atau anda boleh menghubungi kami di talian ;

Tel : 084 – 651904 / 651140

Faks : 084 – 653251

Atau emel terus kepada kami :

pensarikei@inform.gov.my