11 May 2009

Apa dah jadi Politik di Perak Sekarang

Salam...
Lamak dh x update blog tok... pg tok tergerak hati nak update bila semalam dengar berita yang gempaq hal politik di Perak... mesti muka depan news hari tok semua benda yang sama.... mmmmmm... harap²lah politik di negeri kita tok sik macam ya lah..... banyak yang negatif dari positif mun dah jadi macam ya....

Mohammad Nizar sah MB Perak

KUALA LUMPUR 11 Mei - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim itu sekali gus menamatkan krisis politik antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) yang telah berlarutan sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun keputusan tersebut masih belum muktamad kerana Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakimannya hari ini, Hakim Abdul Aziz turut menolak permohonan lisan peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan.

Beliau menolak permohonan itu setelah Abraham gagal mengemukakan nas undang-undang berkaitan penangguhan itu tetapi beliau menyatakan peguam itu boleh memfailkan permohonan penangguhan itu kemudian secara bertulis.

Zambry dipercayai akan memfailkan rayuannya esok sementara seorang lagi peguam yang mewakilinya memaklumkan bahawa pihaknya akan mendapat arahan lanjut berhubung permohonan penangguhan tersebut.

Terdahulu, dalam penghakiman lisannya, Hakim Abdul Aziz berkata, jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong kerana usul undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar tidak dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru, tegas beliau, Mohammad Nizar selaku pemohon dalam semakan kehakiman itu tidak boleh dikatakan hilang kepercayaan majoriti anggota DUN mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP).

''Berdasarkan amalan demokrasi, isu hilang kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Mohammad Nizar). Melalui cara ini sahaja Menteri Besar boleh disingkirkan,'' kata Hakim Abdul Aziz.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 13 Februari lalu, Mohammad Nizar, 52, memohon mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang DUN.

Mohammad Nizar yang dipilih sebagai Menteri Besar selepas pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 di negeri itu setahun lalu turut mendakwa, beliau tidak pernah meletak jawatan mahupun terdapat sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya supaya melepaskan jawatan.

Hakim Abdul Aziz yang membacakan penghakimannya selama satu jam 10 minit turut berkata, jika sememangnya terdapat undi tidak percaya kepada Mohammad Nizar, mengapa BN tidak mengadakan persidangan khas DUN untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap pemimpin itu.

''Fakta yang tidak dinafikan ialah tidak terdapat undi tidak percaya terhadap pemohon sebelum beliau menemui Sultan kerana beliau tidak pernah disingkirkan melalui cara tersebut,'' ujar beliau.

Di samping itu, katanya, mengikut Perkara 16(6) UTKP, Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk memecat Mohammad Nizar daripada jawatan Menteri Besar, meskipun Baginda mempunyai kuasa melantik.

''Sultan Perak juga tidak boleh menyingkir seseorang Menteri Besar hanya kerana pemegang jawatan itu tidak mendapat perkenan Baginda,'' katanya.

Sebaliknya, menurut Hakim Abdul Aziz, pemecatan Menteri Besar hanya boleh dilakukan oleh anggota-anggota DUN yang telah dipilih oleh rakyat.

Justeru, beliau menolak hujahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah dalam permohonan itu bahawa hanya dalam dua keadaan DUN boleh dibubarkan iaitu ketika Menteri Besar hilang sokongan majoriti anggota DUN dan apabila hampir tamat tempoh Dewan.

''Saya tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara kerana mengikut Perkara 36 UTKP, tiada keadaan yang terhad bagi Menteri Besar untuk memohon pembubaran daripada sultan dan terserah kepada Menteri Besar untuk memilih masanya untuk menentukan pembubaran,'' kata Hakim Abdul Aziz.

Beliau turut tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara dan Zambry selaku responden bahawa Mohammad Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar mengikut Perkara 16(6) UTKP.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz turut menyentuh afidavit Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid serta keterangannya ketika dipanggil pada prosiding pemeriksaan balas.

(Ahmad Kamal memberi keterangan selepas Mohammad Nizar mempersoalkan afidavit Penasihat Undang-Undang Negeri itu yang dikatakan tidak konsisten)

Menurut hakim tersebut, Ahmad Kamal sebagai seorang pegawai kanan kerajaan bukanlah seorang saksi yang berkecuali dan adil apatah lagi dalam keterangannya beliau mengakui telah diarahkan untuk mengikrarkan afidavit sokongan terhadap Zambry setelah diarahkan oleh peguam Zambry.

''Ahmad Kamal sendiri memilih perkataan 'diarahkan' oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Dia boleh menggunakan perkataan lain seperti 'diminta' atau 'beliau menawarkan diri'. Perkataan (diarahkan) yang digunakan amat keras,'' katanya.

Sehubungan dengan itu, pada hemat beliau, keterangan Ahmad Kamal diwarnai dengan arahan yang telah diterima oleh saksi tersebut.

Mengenai penemuan Mohammad Nizar dengan Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Februari lalu, Hakim Abdul Aziz berkata, beliau memilih untuk mempercayai versi Mohammad Nizar dan bukannya versi Ahmad Kamal.

Mohammad Nizar dalam afidavitnya menyatakan bahawa beliau tidak memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN disebabkan beliau tidak mengalami kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

sumber: utusan Malaysia Online 12mei2009

23 April 2009

Miak sekolah dari SK Bukit Kinyau

Toklah miak sekolah dari SK Bukit Kinyau turun ke Sarikei ambik duit KWAPM di Bank Sesak Nafas ( BSN ) penuh ceria dan gembira dapat duit pakei beli sabun & berus gigi baru. Ktk tanggalah miak tok benar - benar.


05 April 2009

Program Komuniti Belia Remaja Y2Y Parlimen P.206 Tg. Manis

Pada 5 April 2009, Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah mengadakan Program Komuniti Belia Remaja Y2Y Parlimen Tg. Manis di Dataran Kpg. Selalang. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah poco - poco, futsal dan karaoke. Ceramah belia juga turut diadakan dan disampaikan sendiri oleh En. Khalid Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.

Program Belia Remaja Y2Y Parlimen P.206 Tg. Manis

Penyampaian sijil penghargaan kepada JKKK Kpg. Selalang

Penyampaian sijil penghargaan kepada Komuniti Bestari Selalang

Peserta karaoke paling glamer, Man

Salah seorang peserta karaoke

Tok gik sorg peserta karaoke

Sepak mula futsal oleh En. Khalid

Suasana futsal

Sesi taklimat dan ceramah oleh En. Khalid Hamid, Pegawai Belia & Sukan Bahagian Mukah

Tetamu jemputan

Kusyuk mendengar taklimat

Beliawan yang hadir

Beliawanis turut ikut serta mendengar taklimat yang disampaikan

Persembahan Shuffle

Anak - anak cilik yang menyertai pertandingan

Johan poco - poco


Kumpulan yang turut menyertai pertandingan poco - poco

02 April 2009

Najib angkat sumpah Perdana Menteri keenam

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Najib mengikut jejak allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976, apabila beliau meninggal dunia akibat leukemia.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Acara penuh istiadat itu bermula apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada jam 10.05 pagi.

Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada jam 10.10 pagi.

Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.

Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. - Bernama

Dr Mahathir sertai semula Umno sebelum Isnin

SUNGAI PETANI: Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan menyertai semula Umno sebelum Isnin ini iaitu hari beliau dijadualkan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.

Perkara ini disahkan anak beliau, Datuk Mukhriz Mahathir, kepada Berita Harian Online ketika ditemui semasa menjalankan kempen dari rumah ke rumah di Bukit Topang berhampiran Bukit Selambau sebentar tadi.

"Kita cuba aturkan pada petang Isnin ini...Tun akan turun ke Bukit Selambau selepas dua program di Bukit Gantang pada hari sama...InsyaAllah waktu itu dia akan mai (datang) sini sudah tentu sebagai ahli Umno dan berkempen untuk memenangkan calon BN," katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, kesediaan Dr Mahathir untuk membantu kempen calon BN bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu adalah kerana keyakinan terhadap parti dan kerajaan berikutan peralihan kuasa pucuk kepimpinan.

"Itu membuktikan beliau sendiri yakin dengan pucuk kepimpinan yang baru malah kita pun menanti-nantikan saat apabila beliau menghantar borang keahlian Umno dan menjadi ahli Umno kembali," katanya.

31 March 2009

Aktiviti mingguan cdak Penerangan Sarikei

Toklah aktiviti mingguan cdak Opis Penerangan Sarikei, main badminton di Dewan Masyarakat Sarikei. Majulah Sukan Untuk Penerangan.

Berbelit tangan Bang Mat ngambik drop Jem

Beregu terhebat dunia, Bang Mat n Bad

Bos Aris tengah nyemash bola dgn gaya uniknya

Tang benar jak rupa Bang Mat molah servis...hehehehehe

Kandid Kamera Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Komuniti Bestari


Sejuk dah nasik lemak nunggu cdak abis meeting

Itu ko dia...meeting dah abis berebut nak makan perut dah lapar.....hehehe

Salah seorang mangsa kebuluran......

Marsha kmk orang di opis ckei...tp sayang muka x nampak...malu tek kenok ehh.....

Ali kontrol hensem duduk sebelah ompuan

Welcome To Jabatan Penerangan Sarikei

Selamat Datang Ke
Jabatan Penerangan Malaysia Sarikei

Macamni / sini nak carik kmk org

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei terletak di tengah – tengah Bandar Sarikei. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi kami di alamat ;

Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei,

Jalan Getah,

96100 Sarikei.

Atau anda boleh menghubungi kami di talian ;

Tel : 084 – 651904 / 651140

Faks : 084 – 653251

Atau emel terus kepada kami :

pensarikei@inform.gov.my